Take a fresh look at your lifestyle.

Adab Berjiran Yang Semakin Dilupakan

0 594

Mengapa adab berjiran ini semakin dilupakan dan dipinggirkan?

Adakah kerana kita semakin kearah kemodenan, adab ini sudah tidak relevan lagi?

Sedangkan dalam agama mengajarkan kita tentang amalan beradab dengan jiran. Adakah masyarakat negara kita pada masa kini semakin angkuh, sombong, dan hanya pentingkan diri sendiri?

Tidak perlu menilai orang lain. Cukup hanya renung dan nilai diri sendiri. Sejauh manakah diri kita telah mengamalkan adab-adab berjiran ini.

Amalan adab berjiran yang harus dipelihara

Hidup dalam lingkungan kejiranan merupakan salah satu fitrah manusia dalam hidup bermasyarakat.

Dalam Islam menjelaskan tentang jiran, di mana Islam tidak akan membebani seseorang itu dengan sesuatu hal yang keterlaluan sehingga dia perlu memelihara jirannya dengan mengabaikan hak diri sendiri.

Begitu juga sebaliknya, tidak mengabaikan hak jirannya dengan mengutamakan dirinya demi kepentingan peribadi. Dan harus lah berlaku tangggungjawab yang saksama.

Berikut merupakan amalan beradab terhadap jiran yang wajar dipelihara;

1. Sentiasa wujudkan suasana mesra amalan hidup berjiran

Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha untuk saling mengenal antara satu sama lain serta saling hormat-menghormati.

Saling bertegur sapa dengan memberi ucapan salam bagi yang muslim dan mengucapkan perkataan yang baik bagi yang non-muslim.

Bersikap toleransi sekiranya melibatkan keagamaan, adat resam, budaya, cara hidup dan sebagainya.

Kawal dan tangai anak memberontak dengan 5 cara berkesan ini

2. Adab berjiran dengan tidak menyakiti mereka

Adab yang seterusnya adalah tidak menyakiti mereka samada melalui perbuatan, perkataan atau sekadar bersangka buruk.

Perbuatan menyakiti jiran adalah dilarang dan merupakan satu dosa serta mendapat kemurkaan dari Allah swt.

Ini berdasarkan sabda baginda Rasulullah saw: ” Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.”

( Hadis sahih riwayat Bukhari no.5787 dan Muslim no. 47 )

3. Menghormati jiran antara adab berjiran

Menghormati jiran adalah kewajipan dalam aspek memuliakan mereka. Dan ini merupakan salah satu tanda keimanan kita.

Sekalipun jiran kita non-Muslim, kita hendaklah menghormati mereka dan kita dilarang sama sekali menganggu cara hidup mereka. Terutamanya dalam ibadah keagamaan dan adat resam meraka.

Dan bagi jiran yang beragama Islam hendaklah saling tegur menegur dan menasihati dengan cara yang baik, serta mengajak dan membimbing mereka mengikut syariat dalam Islam.

Saya pun banyak belajar dari buku ini. Beli lepas tengok sorang sifu bisnes yang berjaya refer buku ini.

4. Adab berjiran #Mengutamakan jiran terdekat

Selain itu, amalan mengutamakan jiran yang terdekat dengan rumah kita juga salah satu adab berjiran yang semakin dilupakan. Penetapan jiran terdekat adalah 40 buah rumah yang berada di sekitar rumah kita.

Sama ada kiri kanan, depan ataupun di belakang. Terdapat 3 kategori jiran iaitu:

  1. Jiran muslim yang ada kaitan dengan hubungan kekeluargaan. Dan mereka mempunyai tiga hak iaitu sebagai jiran, keluarga dan seorang muslim.
  2. Jiran muslim pula mempunyai dua hak iaitu, sebagai jiran dan seorang muslim.
  3. Bagi jiran non-muslim mempunyai satu hak iaitu hak sebagai jiran.

5. Elakkan sikap suka menjaga tepi kain orang

Elakkan sikap terlalu suka menjaga hal ehwal peribadi dan keluarga jiran, atau lebih dikenali sebagai suka menjaga tepi kain orang. Perbuatan ini bukan sahaja akan menimbulkan kebencian, malahan akan menjejaskan hubungan silaturahim yang sedia ada.

Dalam agama Islam melarang keras perbuatan sikap ini, namun dalam hal tertentu ada hak jiran yang perlu kita tunaikan. Seperti berlakunya rompakan disini lah peranan kita sebagi jiran, membantu dan melindungi dengan menghubungi polis.

Dan perbuatan ini tiada ada salahnya, ia termasuk sebagai amal mahruf nahi mungkar. Sebaliknya, membuka aib dan terlalu mengambiltahu setiap hal ehwal adalah salah dan perlu dielakkan.

6. Sentiasa mengambil berat dan bersedia menghulurkan pertolongan

Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang meraka hadapi. Sama ada dari segi masalah kewangan, keagamaan, kekeluargaan atau hal rumahtangga.

Tapi ingat ! jangan terlalu mendesak mereka menceritakan tentang hal mereka, melainkan mereka sendiri yang membuka mulut terlebih dahulu.

Selain itu, hidup berjiran haruslah saling tolong-menolong diantara satu sama lain. Bersedia memberi sebarang bantuan ataupun pertolongan yang diperlukan

Pamerkan sikap dan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya akan terjalinnya hubungan kejiranan yang akrab dan mesra.

Semoga kedepannya amalan adab berjiran ini dapat diteruskan dan tidak hilang ditelan arus kemodenan. Hidup berjiran ini memerlukan kita untuk bersabar dan sentiasa peka dengan hal yang berlaku di sekitar kejiranan kita.

Jika kedua-dua ini tidak ada maka haru birulah sebuah komuniti yang ada di dalam sesebuah taman atau perumahan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.