Take a fresh look at your lifestyle.

Cara Menghormati Tetamu Yang Datang Ke Rumah – Tetamu bawa Rezeki

0 64

Adab cara menghormati tetamu amat ditekankan dalam Islam. Setiap tetamu yang datang berkunjung adalah pembawa rezeki.

Selain itu, tetamu adalah satu amanah yang harus ditunaikan haknya. Jesteru itu, sebagai tuan rumah hendaklah bertanggungjawab dan melayan tetamu sebaiknya selagi dia menjadi tetamu kita.

Dengan cara ini ia dapat mencerminkan diri kita sebagai tuan rumah yang baik dan berakhlak mulia. Dari cara ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dari kedua belah pihak.

Sebagai tuan rumah, memuliakan tetamu merupakan amalan yang terpuji seperti mana yang diterapkan oleh para nabi.

Itu sebab agama Islam mengalakkan amalan ziarah-menziarahi tetap perlu dilakukan.

Amalan menjaga silaturahim akan dijanjikan syurga dan pahala.

Cara Menghormati tetamu dengan baik

1. Menyambut kedatangan tetamu

Tunjukkan yang kita benar-benar mengalu-alukan kedatangan tetamu.

Berikan ucapan sambutan yang menyenangkan dan mengembirakan hati tetamu yang datang berkunjung.

Elakkan daripada mengatakan yang tidak baik dan menyinggung perasaanya. Syaiditina Aisyah pernah menceritakan Rasulullah menyambut Fatimah dengan berkata ” Aku pernah menziarahi nabi, Baginda menyambut : Marhaban Ummu Hani ” ( riwayat al-Bukhari, secara ta’liq ).

2. Menjamu makanan yang terbaik mengikut kemampuan

Menghidangkan makanan kepada tetamu dengan makanan dan minuman yang terbaik juga termasuk dalam amalan menghormati tetamu.

Jangan biarkan mereka pulang dan menunggu lama hidangan disediakan.

Baca juga adab berjiran yang semakin dilupakan di sini

3. Cara menghormati tetamu #Jaga percakapan dan tingkah laku

Seterusnya, jaga tingkah laku dan percakapan kita semasa tetamu berkunjung ke rumah. Elakkan bertanyakan soalan yang sensitif dan menyinggung perasaanya.

Walaupun tidak berniat untuk melakukan hal tersebut, jangan sesekali mengambil risiko kerana takut hal ini akan membuat hati tetamu terluka dan turut akan menganggu emosinya.

Jika tetamu mempunyai anak yang nakal, tegur lah dengan cara yang baik, berhemah dan lemah lembut agar tidak mengecilkan hati tetamu tersebut.

Perbuatan memarahi tetamu atau membuat tetamu tidak selesa bertentangan dengan tata cara dalam Islam, malah itu menunjukkan bahawa kita tidak menghormati tetamu.

4. Hantar dan mengiringi tetamu yang datang

Sunnah bagi perbuatan mengiringi tetamu keluar sampai ke pintu. Rasulullah SAW juga bersabda Sesumgguhnya merupakan perbuatan yang sunnah apabila seseorang (tuan rumah) keluar bersama-sama tamunya sampai ke pintu halaman.- Menurut Hadis Riwayat Ibnu Majjah.

Kena ingat, jangan terus masuk rumah setelah tetamu keluar dari pintu rumah. Sebaiknya, setelah bersalaman dan menghantar tetamu ke muka pintu, pelawa tetamu datang berkunjung lagi serta melambaikan tangan.

5. Jangan membezakan layanan terhadap tetamu

Hindari sikap membeza-bezakan layanan kepada tetamu yang hadir berdasarkan status pangkat, jawatan, atau kebaikan yang kita perolehi daripadanya.

Jangan sesekali bersikap seperti itu, jika melayan tetamu acuh tak acuh akan menyebabkan mereka sangka kunjungan mereka tidak dialu-alukan. Dan ini akan memberi kesan kepada hubungan menjadi renggang.

Prinsipnya senang saja, kita yang jemput tetamu datang berkunjung, maka harus melayan tetamu selagi mereka berada di rumah.

6. Cara menghormati tetamu #Sentiasa memastikan keselesaan tetamu

Sebagai tuan rumah hendaklah setiasa peka dan memahami setiap bahasa tubuh badan dan reaksi tetamu yang berkunjung.

Contohnya, jika tetamu ingin solat sediakan tempat yang sesuai dan bersih. Supaya tetamu berasa selesa dan tenang berkunjung ke rumah. Sediakan tempat khas untuk wanita agar aurat mereka terjaga.

Hal ini akan mampu membuat tetamu berasa selesa dan dialu-alukan datang berkunjung ke rumah.

7. Ikhlas menyambut kedatangan tetamu

Kunjungan tetamu adalah menjadi ruang untuk tuan rumah memdapat pahala. Oleh itu, kunjungan mereka mestilah disambut dengan ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Dan juga tidak mempunyai niat yang tersembunyi sebagai kepentingan diri sendiri.

Begitu juga dengan tetamu, hendaklah berkunjung sebagai memberi kebaikan kepada tuan rumah dan bukan hanya semata-mata hidangan yang sedap dan sebagainya. Datang dengan niat yang baik dan ikhlas.

Bagi tuan rumah yang mengadakan majlis atau jamuan, perbuatan ini sebenarnya memenuhi tuntutan agama supaya sentiasa mengalu-alukan kedatangan tetamu.

Seperti yang telah ditegaskan oleh Rasulullah saw yang bermaksud : “Tiada kebaikan bagi sesiapa yang tidak menerima tetamu”.

Mudah-mudahan kita mendapat ganjaran yang baik di dunia dan akhirat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.