Take a fresh look at your lifestyle.

Petua Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan.

0 30

Kali ini saya akan kongsikan petua hilangkan jerawat yang paling mudah dan berkesan. Dan yang paling penting selamat digunakan.

Sememangnya terdapat pelbagai jenis produk jerawat yang ada di pasaran tempatan. Namun demikian sampai bila kita nak bergantung dengan bahan kimia.

Untuk masa sekarang memang kita tak akan nampak kesan sampingannya, tapi ia mungkin akan memberi kesan pada jangka masa panjang.

Ha, part yang ni lah tak best. Kulit licin dan gebu hanya sementara, selepas berhenti guna produk tersebut. Jerawat berlumba-lumba muncul kat muka.

Nak try cara tradisional?

Apa kata korang try cara tradisional. Selain daripada bebas dari bahan kimia dan terlarang, ia juga selamat dan berkesan.

Tapi tak ada lah lepas 3 atau 7 hari penggunaan dah nampak kesan, seperti mana ayat-ayat iklan produk kecantikan.

Eh, itu dah salah total ye ! Nasihat saya jika korang nampak ayat-ayat iklan power seperti di atas, sila abaikan!

Kenapa? Sebab dalam dunia ini tidak ada yang instant, semuanya perlukan proses. Tak kira lah cepat atau lambat. Begitu juga dengan jerawat, ia perlukan proses untuk sembuh dan hilang sepenuhnya.

Jom ikuti petua tradisi untuk hilangkan jerawat. Tapi sebelum itu, kena tahu apa itu jerawat dan apa puncanya?

Apa itu jerawat dan apa penyebabnya?

Jerawat merupakan satu keadaan biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia.

Ia sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Penyebab timbulnya jerawat pada wajah korang antaranya ialah:

  • Lapisan kulit mati tersumbat pada pori pori kulit
  • Faktor keturunan
  • Kelenjar peluh yang menghasilkan banyak peluh
  • Faktor pemakanan
  • Kurangnya bersenam atau bersukan

Ini antara petua menghilangkan Jerawat pada wajah

Hilangkan jerawat dengan ubi Kentang

sumber: orami.co.id

Ubi kentang mengandungi kaya dengan vitamin dan mineral. kanji yang terdapat dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah.

Cara menggunakan Ubi Kentang adalah:

  • Hiris kentang nipis-nipis dan tempekkan kepada kulit muka.
  • Kalau nak, boleh juga buat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian berparut.
  • Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Lakukan berulang kali dan anda boleh lihat kesannya nanti.

Rawat jerawat dengan kunyit

Kunyit mengandungi banyak kelebihan & kebaikan untuk kulit muka.

Kunyit juga mengandungi bahan yang mampu melawan keradangan kulit dan bertindak sebagai antiseptik kepada kulit.

Dimana kunyit merupakan sumber magnesium dan vitamin c yang baik, kandungan serat yang tinggi, vitamin B6, potasium & zat besi tetapi kadar kandungan sodiumnya yang sangat rendah.

Cara penggunaannya adalah seperti berikut:

  • Ambil sedikit serbuk kunyit dan dicampurkan dengan sedikit air.Jadikannya pekat seperti mask.
  • seterusnya sapu diseluruh muka.
  • Biarkan kering selama beberapa minit dan basuh. Ulang beberapa kali sehingga nampak jerawat tu hilang.

Petua hilangkan jerawat #Beras

sumber: haibunda.com

Pelbagai penelitian serta dematologis menyatakan bahwa air beras merupakan salah satu produk semulajadi yang bagus untuk kecantikan.

Kerana ia mengandungi kaya air mineral serta vitamin. Cara menggunakan masker beras untuk menghilangkan jerawat:

  • Hancurkan beras tersebut kemudian rendam selama semalaman dan setelah itu buang airnya kemudian gunakan sebagai masker.
  • Korang boleh pakai masker beras ini selama 30 minit dan setelah itu bersihkan dengan air suam.

Masker beras juga merupakan salah satu cara untuk menghindari jerawat muncul lagi

Redakan dengan menggunakan Daun Teh

Teh memiliki kandungan mineral, vitamin, antibacterial dan anti septik untuk menghilangkan jerawat dan bekas jerawat diwajah korang.

Pengguaan daun teh ini tidak mahal dan tidak mengakibatkan kesan sampingan kepada wajah korang.

Cara penggunaannya adalah seperti berikut:

  • Gunakan rebusan air tehSediakan air dan daun teh yang secukupnya
  • Rebus air sampai mendidih dan masukkan daun teh di dalam rebusan.
  • Biarkan air rebusan itu mendidih sehingga bau teh itu dapat dihidu.
  • Setelah itu dekatkan wap rebusan ke wajah anda.Biarkan wap rebusan memasuki kulit muka anda
  • Ulang beberapa kali dan tengok hasilnya.

Hampas duan teh juga korang boleh gunakan sebagai masker. Jangan buang pula!

Cara mencegah jerawat

Untuk rawatan luaran

  • Elakkan dari memicit jerawat dengan jari.
  • Hindari kerap menyentuh muka tanpa mencuci tangan.
  • Tukar alat solek, span dan berus setiap 6 bulan sekali bagi mengelak pertumbuhan bakteria.
  • Guna alat solek/ produk penjagaan diri ‘bukan-komedogenik’.
  • Gunakan skincare yang sesuai untuk jenis kulit korang

Amalkan step penjagaan muka macam ni untuk dapatkan kulit wajah yang sihat dan bebas jerawat

Untuk rawatan dalaman

  • Minum air kosong secukupnya bagi mengekalkan kelembapan kulit dan mengurangkan sebum.
  • Amalkan gaya pemakanan seimbang. Kurangkan makanan berminyak
  • Ambil vitamin yang tertentu seperti antioksidan dan vitamin C untuk memelihara sel kulit.
  • Elakkan bahan komedogenik iaitu yang bersifat berminyak yang menyumbat liang roma dan pori.

Pilih produk yang sesuai untuk membantu merawat jerawat

Sebelum apply apa-apa produk ke wajah korang, first sekali korang kena tahu jenis kulit dan jerawat korang. Ini bagi mengelakkan jerawat dan wajah korang menjadi lebih teruk.

Pastikan pilih produk penjagaan kulit dan rambut yang bukan komedogenik untuk membantu mengawal atau mencegah pembiakkan kuman punca jerawat.

Hal ini kerana, tidak semua produk kecantikan sesuai dengan semua jenis kulit atau jerawat. Ikut panduan ini untuk memilih skincare asas:

Pelembab

Untuk pelembab korang kena cari yang bebas minyak dan bertekstur ringan. Cara nak tahu ialah sebaik sahaja korang sapu di kulit, ia akan cepat menyerap ke dalam kulit dan tak ada rasa melekit pada permukaan kulit.

Sebaiknya korang pilih produk yang berasaskan air dan mempunyai bahan yang menenangkan seperti asid hyaluronik, vitamin E dan gliserin.

Pencuci Muka

Bagi pencuci muka pula, pilih yang mempunyai bahan yang bertindak secara mendalam seperti asid salisilat dan glikolik.

Bahan ini bertindak membantu mengawal jerawat dengan membersihkan kotoran dan minyak terus kedalam pori tanpa mengurangkan kelembapan kulit.

Pelindung UV (SPF)

Terdapat pelbagai krim pelindung UV yang ada dipasaran. Bagi korang yang mempunyai jerawat disarankan memilih pelindung UV yang bebas minyak dan non-komedogenik. Sama seperti pemilihan pelembap.

Inilah antara petua hilangkan jerawat dan cara mengatasinya yang boleh korang cuba dirumah. Tak salah menggunakkan produk yang ada dipasaran bagi menghilangkan jerawat, tapi pastikan produk tersebut selamat digunakan dan tidak mempunyai bahan kimia.

Dan sekiranya, jerawat korang bertambah teruk setelah mencuba pelbagi cara untuk mengatasinya. Saya sarankan korang berjumpa dengan pakar kulit.

Semoga ini dapat membantu korang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.