Take a fresh look at your lifestyle.

Ibu Hamil Perlu Elak Guna Produk Penjagaan Kulit Yang Ada 4 Bahan Ini

0 20

Ibu hamil perlu elak 4 bahan ini sepanjang mengandung ye… baca post kat bawah sampai habis

Menurut Food and Drug Administration (FDA), terdapat beberapa bahan dalam produk penjagaan kulit yang dikategorikan sebagai berbahaya untuk kegunaan ibu hamil.

Disebabkan itulah, ada segelintir ibu hamil berhenti memakai solekan semasa hamil. Begitu jugalah dengan produk penjagaan wajah. Ia kemungkinan mengadubgi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan bayi dalam kandungan.

Masalah kulit seperti berjerawat adalah berpunca daripada jumlah hormon berlebihan terutamanya oestrogen dan progesterone yang merupakan hormon seks wanita. Selain itu, ia juga disebabkan hormon seks lelaki iaitu testosteron dan androgen.

Semua hormon ini memainkan peranan secara langsung dalam pengeluaran sebum. Perubahan jumlah gula dalam darah yang mengalir serta insulin hormon juga antara penyebab kenaikan jerawat semasa hamil. Faktor-faktor ini juga mempunyai kesan pada pengeluaran minyak pada wajah. Lebihan minyak yang dikeluarkan menyebabkan liang roma tersumbat.

Salah satu hormon lelaki iaitu androgen sangat cenderung mencapai tahap paling tinggi semasa di usia kandungan trimester ketiga. Ini menyebabkan jerawat semasa hamil bertambah teruk berikutan usia kandungan semakin meningkat. Hormon ini juga mengakibatkan pertumbuhan bulu secara berlebihan dan sekaligus menebalkan kulit ibu mengandung.

Disebabkan itu, wanita hamil digalakkan mencuci muka dengan kerap menggunakan pencuci muka yang sesuai dan sapukan pelembap muka tanpa minyak.

Perlu juga diingatkan untuk jangan gosok kawasan muka yang berjerawat. Ini boleh menyebabkan masalah jerawat menjadi lebih teruk. Biasanya, beberapa minggu selepas bersalin, kulit anda akan beransur pulih kepada sediakala. Sekiranya ingin memakai krim jerawat, dapatkan nasihat doktor kerana jika anada menggunakan krim sebarangan dikhuatiri akan memberi kesan kepada kandungan.

Pastikan anda membaca ramuan yang terdapat pada label sebelum membuat keputusan untuk membeli. Perhatikan juga sekiranya terdapat bahan-bahan merbahaya yang boleh mendatangkan kesan kepada kandungan. Antara bahan merbahaya seperti :-

Yang sedang mencari skincare sesuai semasa hamil, boleh tengok ini. Skincare ini sangat sesuai untuk ibu hamil. Selamat dan dipercayai.

Elakkan Guna Produk Yang Ada 4 Bahan Ini Semasa Hamil

1. Ibu hamil perlu elak #Retinol

Produk kecantikan atau rawatan wajah yang mengandungi retinol atau retin-A dan retinyl palmitate sepatutnya dielakkan. Vitamin A memang penting untuk perkembangan janin namun dos tertentu boleh menyebabkan kelahiran cacat dan keracunan hati.

2. Benzoyl peroxide

Ibu hamil perlu berwaspada kerana produk masalah jerawat kebanyakannya mengandungi benzoyl peroxide yang boleh membahayakan janin.Selalunya, doktor akan memberi nasihat agar mengelak daripada menggunakan sebarang produk yang mengandungi bahan itu sepanjang tempoh kehamilan.

3. Salicylic acid

Kandungan lain dalam produk perawatan yang juga berbahaya adalah salicylic acid biasanya ada pada produk membersihkan wajah. Sebaiknya saat hamil, cari pembersih wajah yang benar-benar mengandungi bahan selamat.

Baca juga cara senaman ibu hamil supaya mudah kurus selepas bersalin.

4. Ibu hamil perlu elak #Hydroquinone

Hydroquinone biasanya bahan digunakan dalam produk mencerahkan kulit. Wanita yang mengalami kulit kusam ketika mengandung sebaik-baiknya elak menggunakan produk pemutihan kulit.Ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada janin. Ini termasuklah jika ingin melakukan facial atau memakai mask.

5. Sodium Lauryl Sulfate (SLS)

SLS (sodium lauryl sulfate) bertindak sebagai agen pembuih dalam banyak produk syampu dan sabun. World Health Organization (WHO) dan International Labour Organization (ILO) telah menglasifikasi SLS sebagai bahan berbahaya. Ini kerana SLS boleh menyebabkan kulit kering, sensitif dan mengelupas.

Badan kita tidak dapat memecah bahan kimia ini. Sekiranya digunakan dalam tempoh waktu yang lama, masalah pada sistem saraf dan fungsi ginjal dan hati akan terjadi. Mual, muntah dan cirit-birit juga boleh berlaku sekiranya bahan ini tertelan.

Menerusi Journal of The American College of Toxicology, satu eksperimen telah dilakukan melalui penggunaan SLS pada tikus bunting, mendapati terdapatnya penurunan berat badan dan pertumbuhan pada tikus. Kadar kehamilan pada haiwan ini juga menurun. Selain itu, terdapat kelewatan dalam pembentukan tulang, berat janin yang rendah, dan berlakunya bibir sumbing pada bayi tikus.

Secara kesimpulannya, produk kecantikan dan wanita sememangnya tidak boleh dipisahkan. Namun, korang jangan risau! korang masih boleh menggunakan produk penjagaan kulit yang boleh dibeli di farmasi secara over-the-counter. Dengan cara ini ia adalah selamat.

Dan tak mustahil untuk korang dapat mencari produk yang berkesan namun pada masa yang sama tetap selamat untuk korang dan bayi dalam kandungan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.