Pesan Doktor Jangan Kepit Pin Di Bibir. Jangan Ambil Remeh
Kepit pin di bibir boleh bawa maut, betul ke?Ini pesan dari doktor soal yang gemar kepit jarum dibibir.
Jarum peniti dan pin merupakan ‘benda’ terpenting bagi seorang wanita yang memakai tudung, supaya tudungnya kelihatan terletak.
Rata-rata kaum wanita yang memakai tudung pasti akan mengguna kerongsang atau jarum peniti bagi memastikan pemakaian tudung itu nampak kemas dan terletak. Salah satu tabiat yang paling digemari oleh kaum wanita adalah mengepit jarum peniti atau kerongsang itu di mulut semasa memakai tudung.
Oleh sebab itu, golongan wanita dinasihati supaya mengelakkan tabiat mengepit pin di bibir semasa mahu memakai atau membetulkan tudung.
Ini Penjelasan Dari Seorang Doktor Tentang Kepit Pin Di Bibir
Pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan berkata, tabiat itu berbahaya kerana boleh mengundang maut sekiranya tertelan pin tudung. Tabiat meletakkan pin tudung di bibir sebenarnya boleh bawa maut?!
Pin tudung ni dah macam sahabat baik wanita. Kes tertelan pin tudung dah banyak kali terjadi.
Bagaimana boleh tertelan?
Ia terjadi diluar kawalan. Kebiasaannya berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas atau terlucut dari bibir. Pin tudung ini samada akan masuk ke salur makanan (esophagus) seterusnya ke perut atau masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke paru-paru.
Jika masuk di salur makanan, ada kemungkinan akan keluar bersama najis jika tidak tersekat. Jika masuk ke salur pernafasan, ia akan tersekat di paru-paru dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius atau pneumomediastinum seterusnya boleh membawa maut.
Guna pin yang seperti ini. Lebih selamat dan selesa.
Kepit Pin Dibibir #Untuk elakkan kejadian berlaku, ikut cara ini:
- Pertama, cucuk pin di lengan baju/atas tudung.
- Kedua, pakai tudung instant.
- Ketiga, guna magnetic pin.
- Keempat, guna pin kepit.
- Kelima, elakkan buat urusan lain ketika melaram.
Baca juga tantang cara dapatkan muka bentuk v shape tanpa pembedahan di sini
Kepit Pin Di Bibir #Simptom yang biasa berlaku apabila sesuatu objek asing ditelan adalah:
- 1. Tercekik
- 2. Kesukaran untuk bernafas
- 3. Batuk
- 4. Berdehit (wheezing)
Antara simptom yang berkemungkinan akan muncul apabila objek tersebut tersekat pada esofagus atau usus, termasuk:
- Muntah
- Air liur meleleh
- Kesakitan pada bahagian dada atau tekak
- Keengganan untuk makan
- Sakit perut
- Demam
Pemeriksaan sinar-X lebih terperinci dengan barium mungkin digunakan untuk membantu mencari objek yang tersekat yang tidak dapat dilihat sinar-X biasa.
Pemeriksaan sinar-X pada bahagian leher, dada dan perut mungkin dilakukan untuk membantu mencari sebarang objek yang mungkin dapat dilihat menerusi pemeriksaan ini.