Take a fresh look at your lifestyle.

10 Cara dapatkan Bentuk Badan Asal Selepas Bersalin

0 32

Untuk dapatkan kembali bentuk badan asal selepas bersalin tidak mudah. Namun setiap wanita yang telah habis melahirkan bayi mempunyai impian yang besar iaitu ingin kembali langsing.

Tetapi tidak semua wanita berjaya mendapatkan impian itu. Saya berharap ibu-ibu semua tidak berputus asa dan harapan untuk dapatkan semula bentuk badan asal.

Untuk proses ini suka saya tekankan bahawa disiplin dan konsisten dalam melakukan step ini amat penting. Jadi kena banyak bersabar.

Kalau sekejap buat, sekejap tak buat tu. Emm, memang kelaut lah impian tu. Dah tak paya nak berangan dah nak badan slim kalau tak konsisten buat.

Dan bagi yang masih runsing mencari senaman untuk langsing selepas bersalin, ini saya kongsikan beberapa step dan tips untuk ibu-ibu semua.

10 Step kembali bentuk badan asal selepas bersalin

1. Bentuk Badan Asal Selepas Bersalin #Amalkan yoga

Yoga dapat membantu menguatkan kembali tubuh badan disamping dapat memberikan ketenangan.

Ha, yang ini kita semua nak kan? Bersenam sambil dapatkan semula ketenangan selepas bersalin.

Aktiviti yoga, boleh je lakukan dirumah tanpa pergi ke studio yoga. Buka YouTube, dan ikuti tutorial yang ada dalam vedio tu selama 30 minit.

Dalam laman tu terdapat banyak tutorial yoga. Tinggal pilih je mana yang sesuai dengan ibu-ibu semua.

Boleh cuba ke UPWARD Yoga untuk kelas yoga bersama si manja untuk dapatkan bentuk badan yang langsing.

2. Tidur yang cukup

Saat bayi tidur, sebaiknya lakukan senaman ringan dan mudah. Senaman ini hanya perlu lakukan diatas katil sahaja.

Disarankan untuk melakukan senaman 20 kegel dan 20 nafasan perut.

Dimana otot abdomen akan ditarik ke arah tulang belakang seperti korang menghembus nafas.

Lakukan 2 kali sehari, kemudian barulah tidur.

3. Mendaki tangga untuk dapatkan bentuk badan asal selepas bersalin

Hampir semua rumah mempunyai tangga, tidak kira lah 4 atau 15 anak tangga. Sebenarnya akan dapat banyak kelebihan daripada mencuram.

Ini kerana mendaki tangga merupakan salah satu cara senaman yang terbaik. Dengan menaiki tangga ia melibatkan kesemua otot.

Disamping dapat menguatkan stamina dan meningkatkan kadar jantung.

4. Mendaki gunung bantu dapatkan bentuk badan asal selepas bersalin

Seterusnya senaman seperti ‘mendaki gunung’. Biasanya pendaki gunung mempunyai stamina tubuh yang kuat dan badan yang sihat.

Cara melakukan senaman ini, mulakan dengan kedudukan papan dan tangan sedikit lebih luas daripada lebar bahu. Dalam kecenderungan ringan.

kemudian letakkan kedudukan satu kaki bengkok ke hadapan, dan yang sebelah kaki lagi lurus kebelakang.

Kedudukan kaki yang bersilih ganti menolak pinggul, lanjutkan dengan kaki ke depan dan ke belakang. Sambil menarik kaki dari belakang ke depan di bawah garis dada.

Ulangi step in sebanyak 15 set mengikut kemampuan masing-masing.

5. Lakukan tekan tubi bersama bayi

Senaman tekan tubi antara senaman yang para ibu boleh lakukan bersama bayi.

Cara melakukan adalah letakkan bayi di bawah dada, dan memastikan pinggul atas dari lutut. Kemudian bengkokkan siku, dengan menurunkan dada ke lantai dan mencium bayi.

Hembuskan nafas dan lurus tangan kembali semula ke posisi asal.

6. Berjoging atau berjalan

Aktiviti ini antara senaman yang mudah, dan boleh bantu para ibuuntuk dapatkan bentuk badan asal selepas bersalin.

Selain berjoging, boleh cuba dengan berjalan di taman bersama bayi.

Selain dapat bersenam dan membakar kalori, udara segar di taman juga dapat mengembalikan mood ibu yang baru lepas bersalin.

Ha, macam mana, mudah bukan? Tinggal letak bayi dalam stroller dan bawa berjalan pusing satu taman.

7. Gendong bayi dengan betul

Bagi melindungi bahagian belakang, para ibu perlu mengangkat dan mendukung bayi dengan betul. Jika tidak, akan mengalami sakit belakang.

Pasti kedudukan bayi berada di tengah-tengah badan dan rapat dengan ibu semasa dukung bayi.

Bengkokkan lutut saat mengangkat bagi mengelakkan sakit pinggang. Disarankan menggunakan penggendong bayi untuk melindungi belakang.

8. Kuatkan tulang belakang

sumber : Hmetro.com

Selain daripada cara menggendong bayi dengan betul, para ibu juga pasti nak kuatkan belakang.

Dengan postur tubuh yang lebih baik, dan juga menstabilkan tubuh serta mengekalkan bentuk badan asal.

Boleh lakukan dua senaman mudah, dengan membuat regangan. Lakukan sebanyak 10 kali 15 dalam satu set.

Baca juga petua hilangkan selsema bayi tanpa ke klinik di sini

9. Senaman menyergap

Antara senaman yang mudah dan terbaik untuk mengembalikan stamina tubuh. Aktiviti ini dilakukan tanpa alat.

Lakukan dalam bilik atau ruang yang luas. Rendahkan badan dengan melutut sebelah kaki. Lutut sejajar dengan kasut depan.

Dan lutut belakang menghala ke bawah dengan kaki yang lurus. Langkah kedepan dan menyergap sambil mencangkung dalam.

Mencangkung dengan lebih dalam dapat meningkatkan keberkesanan senaman ini. Gunakan juga pemberat ringan untuk membentuk otot lengan.

10. Senaman lompat bintang

Lompat bintang boleh dikategorikan sebagai senaman tradisional. Kerana aktiviti ini telah diajar sejak kecil di sekolah.

Senaman lompat bintang merupakan salah satu senaman yang efektif untuk dapatkan semula bentuk badan asal selepas bersalin.

Bagi mendapatkan kadar penurunan yang memuaskan, lakukan 30 kali dengan lompatan sebanyak 10 set. Sebelum meneruskan ke set yang seterusnya, rehat selama 30 saat. Dan begitulah seterusnya sehingga habis.

Ini antara 10 jenis senaman yang boleh dicuba untuk dapatkan semula bentuk badan asal selepas bersalin. Jika bersenam tanpa mengawal pemakanan pun tak boleh juga.

Oleh itu, para ibu juga perlu menjaga pemakanan.

Apa pun teruskan usaha untuk kembali langsing selepas bersalin, selagi tidak memudaratkan kesihatan ibu dan juga bayi.

Semoga berjaya! Jangan putus asa.

Leave A Reply

Your email address will not be published.